(gambar sekadar hiasan, bijaklah menafsir sesuatu cabaran dan halangan yang menimpa)
Saya rasa,pengalaman merawat bagi kes kali ini berbeza daripada yang lain(bagi muallij-junior macam saya). Teringat time mula-mula saya dihubungi perawat pada hari Selasa lepas, selang setengah jam selepas dihubungi,dengan tidak disangka-sangka,ketika menggoreng ayam,tiba-tiba minyak terpercik dengan banyaknya ke badan saya.Mungkin ada 'teguran' dari ALLAH SWT ekoran dari kelalaian saya dalam kehidupan @ mungkin juga,dengan izin ALLAH itu adalah serangan kepada saya sebagai hikmah bagi saya untuk menambahkan kenyakinan terhadap makna ayat penggerak(Bismillahillazila yadurru......wahua sami' ul'alim)...
Keesokan harinya(Rabu-Hari utk melakukan rawatan) dengan tidak semena-menanya, ketika hendak pulang dari tempat pengajian,dengan tidak disangka-sangka,tayar motor belakang saya pancit walaupun saya baru sahaja menukar tiub(baru lagi la tukar tiub..ohhh)... tapi walaubagaimanapun,saya kira 'mereka' masih tidak mampu mempengaruhi saya supaya meletakkan iktiqad bahawa makhluk itu memberi bekas.walaubagaimanapun,saya masih bersyukur kerana diberi kesedaran bahawa setiap yang terjadi adalah di bawah keizinan ALLAH SWT(yang pastinya setiap yang ditakdirkan ALLAH itu,ada tarbiah dariNya yang perlu kita pelajari)...
Pada malamnya,sebelum memulakan perjalanan,saya sempat melakukan TRO(Teknik Rotan Objek) sebagai amaran awal kepada gangguan.Sejurus TRO,saya berpesan kepada sahabat saya(yang akan menemani saya ke rumah pesakit) untuk mempersiapkan diri dengan tahsin dan mengambil wudhuk.sesudah tiba giliran saya untuk memperbaharui wudhuk,dengan tidak semena-menanya,lampu bilik air 'meletup',fikir saya,mungkin ada masalah pada sistem eletrik di rumah saya.saya menukar tempat mengambil wuduk,dan yang ajaibnya,selepas sahaja selasai berwuduk,tiba-tiba pintu bilik air pula yang terkunci dari dalam. Ketika itu,saya mula merasakan adanya serangan-serangan yang cuba melambatkan dan menghalang perjalanan kami ke rumah pesakit ditambah pula,ketika hendak turun ke tempat parking motor,dengan izin dan takdir ALLAH,kawan saya tadi tertinggal helmet(seolah-olah,pada ketika itu,terlalu banyak kecuaian yang berlaku...ohh)
Saya sempat sms Ustazah Liza memaklumkan apa yang berlaku, dan pada ketika itu,saya sudah dalam perjalanan ke rumah pesakit.Namun ketika itu,Ustazh menasihati supaya menangguhkan rawatan(selepas membaca ayat penggerak).walaubagaimanapun,saya terpaksa meneruskan rawatan ekoran pesakit tersebut sudah sedia menunggu di rumah(oh,maafkan ana ustazah,terpaksa pi juga sebab dah janji dengan pesakit).
Walaupun begitu,saya bersyukur,dengan izin ALLAH SWT, banyak yang dapat saya belajar yang paling penting,ALLAH SWT masih mengukuhkan keyakinan saya bahawa setiap apa yang terjadi adalah dengan izin dari ALLAH dan di bawah takdir ALLAH,ALHAMDULILLAH. Mungkin ketika itu,'makhluk2' yang cuba mencucuk saya dengan membisikkan bahawa makhluk itu memberi bekas tidak berhasil kerana saya kira semua yang berlaku,adalah ujian kepada saya untuk menguji setakat mana keyakinan saya kepada Pencipta.Sebagai hikmah dari ALLAH untuk menyedarkan kita yang kita masih bertuhan...*Mungkin ini adalah tarbiah untuk meletakkan keyakinan pada saya supaya jangan takut kepada Makhluk dan takut hanya pada murka ALLAH SWT.mungkin lepasa ni,saya tidak seharusnya takut apabila hendak 'menyerang' mereka ketika merawat pesakit.
->Itulah kesannya apabila kita benar-benar memahami dan merasai sebaik-baiknya makna "La hawlawala quwatailla billahil ali yil Azim" & "Bismillahillazi la yadurrumaasmihi sayiul fil ardi wala fi sama' wahua sami ul alim"... mungkin pengalaman merawat pesakit akan saya kongsikan dalam post yang lain,doa-doakan saya supaya lulus exam Aviation Legislation yang akan saya duduki pada 30/7/2010(esok la tu)...
pesan ibu saya->merawat-merawat juga,study jangan lupa...hehee