PERHATIAN!!!

Tunjuk ajar dari yang mahir amat diperlukan... Teguran anda semua amatlah dihargai... Ayuh bersama mengembalikan KeIzzahan Islam melalui ilmu rawatan Islam... Fallohukhoirun Hafizo,Wahua Arhamur Rohimin....



Thursday, July 15, 2010

.:Catatan Ringkas-Bismillah 5:.

Semenjak akhir-akhir ni, tak ada kesempatan untuk melakukan proses rawatan, masa-masa yang ada cuma sempat digunakan untuk membaca buku Berdialog Dengan Jin,blog-blog perawat Islam dan juga forum-forum berkenaan dengan rawatan kaedah Islam... InsyaALLAH,kalau ada kesempatan, boleh juga mencuba untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya perolehi memalui pembacaan 'Berdialog dengan Jin' karangan Ustaz Abdul Majid Hassan selaku guru pertama saya dalam bidang perubatan Islam ni...

Doa-doakan semoga ALLAH SWT memberi kekuatan dan kesenangan kepada saya dalam semua urusan...(doakan juga semoga saya dpt pass semua final exam yang bakal saya duduki untuk masa terdekat ni,InsyaALLAH)

Untuk memanfaatkan post pada kali ini,saya sertakan ayat bismillah 5 untuk amalan kita bersama..letakkan niat beramal kerana ALLAH,mudah-mudahan ALLAH memelihara kita dengan taufik & hidayahNya...InsyaALLAH...

(Ayat Bismillah 5)
Fungsi Bismillah Lima adalah seperti berikut:
1. Penanwar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan.
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalahbismillah lima ini sebanyak tujuh kali kemudian ditiupkan ditempat yangsakit itu. Selepas itu ditiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

No comments:

Post a Comment