PERHATIAN!!!

Tunjuk ajar dari yang mahir amat diperlukan... Teguran anda semua amatlah dihargai... Ayuh bersama mengembalikan KeIzzahan Islam melalui ilmu rawatan Islam... Fallohukhoirun Hafizo,Wahua Arhamur Rohimin....



Thursday, July 22, 2010

jin saka dan jin asyik


Alhamdulillah,semalam(22/07/2010) diberi kesempatan dan keizinan dari ALLAH SWT untuk merawat gangguan saka terhadap seorang wanita berumur 26 tahun(akak F). Saya kira kes ini agak serius bagi perawat junior seperti saya,tapi Alhamdulillah dengan izin ALLAH danberkat keyakinan terhadap bantuan dari ALLAH SWT saya mampu mengawal situasi walaupun ketika akhir rawatan,setelah pesakit beransur pulih,sekali lagi pesakit kerasukan ekoran dari jin-jjin saka beliau yang melarikan diri dalam kereta.(mohon pendapat dan bimbingan muallij-muallij lain bagaimana nak prevent benda ni dari berlaku lagi?)

kisahnya bermula bila saya dihubungi zaujah ustaz majid memberitahu yang ada pesakit memerlukan rawatan.saya tanpa menolak terus menerima kes tersebut. sebelum melakukan proses rawatan sambil-sambil menunggu kedatangan pesakit,saya sempat menyediakn air penawar dengan izin ALLAH SWT.

selang beberapa minit,pesakit tiba dan ketika itu kelihatan pesakit sudah dipengaruhi 100% oleh jin-jin yang menetap dalam badannya. saya memulakan rawatan dengan berlembut-lembut dengan mereka dengan niat untuk berdakwah kepada mereka,tapi ternyata tidak berhasil.setelah di diagnosis tahulah saya jin-jin yang menetap dalam badannya adalah dari jenis jin saka yang sudah lama menetap dalam badannya.Dari pemerhatian saya,jin-jin saka tersebut telah bertukar status menjadi jin asyik kepada pesakit,ini dapat saya kesan apabila jin-jin tersebut berkeras tidak mahu meninggalkan 'keluarga' mereka hasil perkongisan dengan akak F.

Tanpa membuang masa,saya memutuskan untuk melakukan rawatan di dalam surau dan saya terpaksa berkeras dengan mengancam dan mengugut jin-jin tersebut.Pada mulanya,saya ingin membuat R&D berkenaan teknik rawatan yang dirasakan sesuai(karan & etc) dan adakalanya saya terus belasah jin-jin berkenaan dengan berkat Ruqyah daripada surah Al-Hasyr dengan niat melemahkan jin dan memecahkan segala perisai yang ada.Kemudian,untuk tujuan keselamatan,saya memagar terlebih dahulu diri saya dan membaca surah An-Namlu dengan niat menundukkan jin. Ternyata,dengan izin ALLAH SWT,semuanya berjalan dengan lancar.

Rawatan diteruskan dengan pelbagai kaedah. Pada akhir rawatan,kelihatan Akak F sudah beransur pulih apabila beliau mampu mengucapkan 2 kalimah shahadah dengan lengkap.dipendekkan cerita,ketika melangkah masuk kedalam kereta,akak F diserang sekali lagi. saya terus buntu dan akhirnya saya terpaksa tamatkan rawatan dengan memberi ancaman kerasa(sekiranya dia mengganggu,secara automatiknya,karen elektrik,racun,api yang panas akan membakar mereka dan terus membakar sehinggalah mereka keluar dan dos-dos siksaan akan bertambah kuat selagi mana dia masih memijak bumi ALLAH dan Menjunjung langit ALLAH)

Apa-apapun,terima kasih kepada Ustaz Abdul Majid & Ustazah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk handle kes seumpama ini...Semoga diberi keizinan oleh ALLAH SWT untuk melakukan rawatan lagi sambil menambah-nambah ilmu rawatan.InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment