PERHATIAN!!!

Tunjuk ajar dari yang mahir amat diperlukan... Teguran anda semua amatlah dihargai... Ayuh bersama mengembalikan KeIzzahan Islam melalui ilmu rawatan Islam... Fallohukhoirun Hafizo,Wahua Arhamur Rohimin....



Tuesday, August 10, 2010

break jap

Oh,lama bebenor dah tak menulis blog....sejak akhir-akhir ni,tak ada kesempatan nak menulis,maklumlah saya dah tak berlaptop dah,apatah lagi kalau nak berinternet...kalau dulu,saya bleh meng'update' blog time berada di METC(MAS Engineering Training Centre), tapi sekarang,semenjak dah berpraktikal dan merasai alam bekerja di MAS system,terasa benar-benar sibuk untuk mengadap internet... maklumlah,semangat bekerja tu sangat tinggi setelah 14 tahun belajar(6 tahun sek ren+5 tahun skolah menengah+3 tahun METC)...mudah-mudahhan semangat tersebut terus kekal dalam diri demi ALLAH SWT...apa-apapun,rawatan Islam masih berjalan seperti biasa...Dan bebanyak terima kasih diucapkan kepada Ustaz Majid dan Ustazah Liza kerana banyak memberi tunjuk ajar & memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan kes pesakit.... apa-apapun,doa-doa dari semua amatlah dihargai...selalu-selalulah doakan saya....

Wednesday, July 28, 2010

Rawatan Di Taman Bukit Subang.:Halangan Perjalanan:.

(gambar sekadar hiasan, bijaklah menafsir sesuatu cabaran dan halangan yang menimpa)

Saya rasa,pengalaman merawat bagi kes kali ini berbeza daripada yang lain(bagi muallij-junior macam saya). Teringat time mula-mula saya dihubungi perawat pada hari Selasa lepas, selang setengah jam selepas dihubungi,dengan tidak disangka-sangka,ketika menggoreng ayam,tiba-tiba minyak terpercik dengan banyaknya ke badan saya.Mungkin ada 'teguran' dari ALLAH SWT ekoran dari kelalaian saya dalam kehidupan @ mungkin juga,dengan izin ALLAH itu adalah serangan kepada saya sebagai hikmah bagi saya untuk menambahkan kenyakinan terhadap makna ayat penggerak(Bismillahillazila yadurru......wahua sami' ul'alim)...

Keesokan harinya(Rabu-Hari utk melakukan rawatan) dengan tidak semena-menanya, ketika hendak pulang dari tempat pengajian,dengan tidak disangka-sangka,tayar motor belakang saya pancit walaupun saya baru sahaja menukar tiub(baru lagi la tukar tiub..ohhh)... tapi walaubagaimanapun,saya kira 'mereka' masih tidak mampu mempengaruhi saya supaya meletakkan iktiqad bahawa makhluk itu memberi bekas.walaubagaimanapun,saya masih bersyukur kerana diberi kesedaran bahawa setiap yang terjadi adalah di bawah keizinan ALLAH SWT(yang pastinya setiap yang ditakdirkan ALLAH itu,ada tarbiah dariNya yang perlu kita pelajari)...

Pada malamnya,sebelum memulakan perjalanan,saya sempat melakukan TRO(Teknik Rotan Objek) sebagai amaran awal kepada gangguan.Sejurus TRO,saya berpesan kepada sahabat saya(yang akan menemani saya ke rumah pesakit) untuk mempersiapkan diri dengan tahsin dan mengambil wudhuk.sesudah tiba giliran saya untuk memperbaharui wudhuk,dengan tidak semena-menanya,lampu bilik air 'meletup',fikir saya,mungkin ada masalah pada sistem eletrik di rumah saya.saya menukar tempat mengambil wuduk,dan yang ajaibnya,selepas sahaja selasai berwuduk,tiba-tiba pintu bilik air pula yang terkunci dari dalam. Ketika itu,saya mula merasakan adanya serangan-serangan yang cuba melambatkan dan menghalang perjalanan kami ke rumah pesakit ditambah pula,ketika hendak turun ke tempat parking motor,dengan izin dan takdir ALLAH,kawan saya tadi tertinggal helmet(seolah-olah,pada ketika itu,terlalu banyak kecuaian yang berlaku...ohh)

Saya sempat sms Ustazah Liza memaklumkan apa yang berlaku, dan pada ketika itu,saya sudah dalam perjalanan ke rumah pesakit.Namun ketika itu,Ustazh menasihati supaya menangguhkan rawatan(selepas membaca ayat penggerak).walaubagaimanapun,saya terpaksa meneruskan rawatan ekoran pesakit tersebut sudah sedia menunggu di rumah(oh,maafkan ana ustazah,terpaksa pi juga sebab dah janji dengan pesakit).

Walaupun begitu,saya bersyukur,dengan izin ALLAH SWT, banyak yang dapat saya belajar yang paling penting,ALLAH SWT masih mengukuhkan keyakinan saya bahawa setiap apa yang terjadi adalah dengan izin dari ALLAH dan di bawah takdir ALLAH,ALHAMDULILLAH. Mungkin ketika itu,'makhluk2' yang cuba mencucuk saya dengan membisikkan bahawa makhluk itu memberi bekas tidak berhasil kerana saya kira semua yang berlaku,adalah ujian kepada saya untuk menguji setakat mana keyakinan saya kepada Pencipta.Sebagai hikmah dari ALLAH untuk menyedarkan kita yang kita masih bertuhan...*Mungkin ini adalah tarbiah untuk meletakkan keyakinan pada saya supaya jangan takut kepada Makhluk dan takut hanya pada murka ALLAH SWT.mungkin lepasa ni,saya tidak seharusnya takut apabila hendak 'menyerang' mereka ketika merawat pesakit.

->Itulah kesannya apabila kita benar-benar memahami dan merasai sebaik-baiknya makna "La hawlawala quwatailla billahil ali yil Azim" & "Bismillahillazi la yadurrumaasmihi sayiul fil ardi wala fi sama' wahua sami ul alim"... mungkin pengalaman merawat pesakit akan saya kongsikan dalam post yang lain,doa-doakan saya supaya lulus exam Aviation Legislation yang akan saya duduki pada 30/7/2010(esok la tu)...

pesan ibu saya->merawat-merawat juga,study jangan lupa...hehee

Tuesday, July 27, 2010

Tugasan..

Dengan izin ALLAH SWT, dalam masa yang terdekat,saya diberi taklifan untuk merawat 4 kes gangguan di sekitar kota damansara(seksyen 11 & seksyen 5),Bukit Subang dan Sri Damansara... Doa-doakan semoga ALLAH permudahkan proses rawatan dan semoga ALLAH SWT luruskan hati & tidak pesongkan niat asal saya untuk mendalami ilmu rawatan Islam...

Terima kasih juga kepada Ustaz Majid dan zaujah Ustaz Majid(Ustazah Liza) kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengambil kes ni. semoga kesempatan ini dapat saya gunakan untuk mendalamkan lagi ma'rifat saya terhadap Yang Maha Pencipta, ALLAHu Robbul Jalil... doa-doakan saya selaku muallij-junior supaya sentiasa dalam bimbingan dari ALLAH SWT...


(Pengalaman,adalah salah satu guru terbaik dalam kehidupan)

=>Erm,baru saya faham,kenapa syarat berkahwin itu termasuk salah satu syarat untuk menjadi muallij(mungkin salah satu sebab kenapa muallij perlu berkahwin)...hehehee...rupa-rupanya,majoriti pesakit yang membuat rawatan,rata-rata daripada mereka terkena ganggguan sihir pemisah & gangguan jin asyik...teruk betul golongan syaitan yang cuba memporak-perandakan kehidupan manusia...

Thursday, July 22, 2010

jin saka dan jin asyik


Alhamdulillah,semalam(22/07/2010) diberi kesempatan dan keizinan dari ALLAH SWT untuk merawat gangguan saka terhadap seorang wanita berumur 26 tahun(akak F). Saya kira kes ini agak serius bagi perawat junior seperti saya,tapi Alhamdulillah dengan izin ALLAH danberkat keyakinan terhadap bantuan dari ALLAH SWT saya mampu mengawal situasi walaupun ketika akhir rawatan,setelah pesakit beransur pulih,sekali lagi pesakit kerasukan ekoran dari jin-jjin saka beliau yang melarikan diri dalam kereta.(mohon pendapat dan bimbingan muallij-muallij lain bagaimana nak prevent benda ni dari berlaku lagi?)

kisahnya bermula bila saya dihubungi zaujah ustaz majid memberitahu yang ada pesakit memerlukan rawatan.saya tanpa menolak terus menerima kes tersebut. sebelum melakukan proses rawatan sambil-sambil menunggu kedatangan pesakit,saya sempat menyediakn air penawar dengan izin ALLAH SWT.

selang beberapa minit,pesakit tiba dan ketika itu kelihatan pesakit sudah dipengaruhi 100% oleh jin-jin yang menetap dalam badannya. saya memulakan rawatan dengan berlembut-lembut dengan mereka dengan niat untuk berdakwah kepada mereka,tapi ternyata tidak berhasil.setelah di diagnosis tahulah saya jin-jin yang menetap dalam badannya adalah dari jenis jin saka yang sudah lama menetap dalam badannya.Dari pemerhatian saya,jin-jin saka tersebut telah bertukar status menjadi jin asyik kepada pesakit,ini dapat saya kesan apabila jin-jin tersebut berkeras tidak mahu meninggalkan 'keluarga' mereka hasil perkongisan dengan akak F.

Tanpa membuang masa,saya memutuskan untuk melakukan rawatan di dalam surau dan saya terpaksa berkeras dengan mengancam dan mengugut jin-jin tersebut.Pada mulanya,saya ingin membuat R&D berkenaan teknik rawatan yang dirasakan sesuai(karan & etc) dan adakalanya saya terus belasah jin-jin berkenaan dengan berkat Ruqyah daripada surah Al-Hasyr dengan niat melemahkan jin dan memecahkan segala perisai yang ada.Kemudian,untuk tujuan keselamatan,saya memagar terlebih dahulu diri saya dan membaca surah An-Namlu dengan niat menundukkan jin. Ternyata,dengan izin ALLAH SWT,semuanya berjalan dengan lancar.

Rawatan diteruskan dengan pelbagai kaedah. Pada akhir rawatan,kelihatan Akak F sudah beransur pulih apabila beliau mampu mengucapkan 2 kalimah shahadah dengan lengkap.dipendekkan cerita,ketika melangkah masuk kedalam kereta,akak F diserang sekali lagi. saya terus buntu dan akhirnya saya terpaksa tamatkan rawatan dengan memberi ancaman kerasa(sekiranya dia mengganggu,secara automatiknya,karen elektrik,racun,api yang panas akan membakar mereka dan terus membakar sehinggalah mereka keluar dan dos-dos siksaan akan bertambah kuat selagi mana dia masih memijak bumi ALLAH dan Menjunjung langit ALLAH)

Apa-apapun,terima kasih kepada Ustaz Abdul Majid & Ustazah kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk handle kes seumpama ini...Semoga diberi keizinan oleh ALLAH SWT untuk melakukan rawatan lagi sambil menambah-nambah ilmu rawatan.InsyaALLAH...

Wednesday, July 21, 2010

Ditumbuk Jin


Semalam(21/07/2010) saya sempat mencuba teknik baru saya pelajari terhadap kawan saya tnapa dia sedari... antara tekniknya seperti memecahkan perisai jin(diajar oleh ustazah melalui sms ketika saya disuruh untuk take over rawatan terhadap pesakit di kampung melayu subang). pada mulanya,saya cuma bermain-main sahaja dengan kawan saya dan pada mulanya juga dia tidak menunjuk kan sebarang respon...

setelah diruqyah dengan bacaaan ayat Al-Quran,saya dapati kawan saya mula tidak selesa,ketika itu saya cuma melakukan dialong dalaman dan sedikit pun tidak diketahui oleh kawan saya yang ketika itu sibuk melayan movie di depan laptopnya... nak dijadikan cerita,saya memberi amaran akan membakar jin-jin berkenaan sekiranya dia ingin berada dalam badan berkenaan lalu saya mengacah denagan mengambil lighter yang terdekat... tiba-tiba...dushh,dushh,dusshhh!!! saya ditumbuk dengan tumbukan yang amat padu,tergamam saya... lalu bercakaplah kawan saya tu tanpa disedari(siap dgn bahasa inggeris lagi) sambil memarahi saya yg tengah membaca ayat Al-Quran lalu bergegas masuk ke biliknya melarikan diri... terkesima saya..apa-pun saya tidak membalas balik serangan disebabkan beberapa faktor...

selang 5 minit,kawan saya tadi keluar dari bilik,malu-malu dan kelihatan sudah stabil(mungkin jin tu tiba-tiba mengamuk kerana ketakutan)..dia sendiri tidak menjanggka akan menumbuk saya lantas meminta maaf...tak pasal-pasal pula malam tu saya dapat menjamah kek free(sebagai tanda minta maaf kawan saya sebab tertumbuk secara tidak sedar)...

*apa-pun,peperangan saya dengaj jin tu masih tidak berakhir...hehehee,saranan ustaz Shahid(akrineslim):lain kali,kalau jadi kes ni lagi,anta tumbuk je dia lagi.....

Thursday, July 15, 2010

.:Catatan Ringkas-Bismillah 5:.

Semenjak akhir-akhir ni, tak ada kesempatan untuk melakukan proses rawatan, masa-masa yang ada cuma sempat digunakan untuk membaca buku Berdialog Dengan Jin,blog-blog perawat Islam dan juga forum-forum berkenaan dengan rawatan kaedah Islam... InsyaALLAH,kalau ada kesempatan, boleh juga mencuba untuk berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya perolehi memalui pembacaan 'Berdialog dengan Jin' karangan Ustaz Abdul Majid Hassan selaku guru pertama saya dalam bidang perubatan Islam ni...

Doa-doakan semoga ALLAH SWT memberi kekuatan dan kesenangan kepada saya dalam semua urusan...(doakan juga semoga saya dpt pass semua final exam yang bakal saya duduki untuk masa terdekat ni,InsyaALLAH)

Untuk memanfaatkan post pada kali ini,saya sertakan ayat bismillah 5 untuk amalan kita bersama..letakkan niat beramal kerana ALLAH,mudah-mudahan ALLAH memelihara kita dengan taufik & hidayahNya...InsyaALLAH...

(Ayat Bismillah 5)
Fungsi Bismillah Lima adalah seperti berikut:
1. Penanwar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan.
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalahbismillah lima ini sebanyak tujuh kali kemudian ditiupkan ditempat yangsakit itu. Selepas itu ditiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan dibahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Sunday, July 11, 2010

.:Perasmian:.

Assalamualaikum wbt...
doakan semoga ALLAH memberi keizinan pada saya untuk berkongsi cerita melalui blog ini... semoga isi kandungan yg bakal dikongsi kelak memberi manfaat kepada kita semua...InsyaALLAH...

Kullu am,wa antum bil khoir...InsyaALLAH...