Belajar dari yang ahli, hakikatnya semua ilmu itu dari Yang Kekal Abadi...ALLAHuuu ROBBI....

PERHATIAN!!!
Tunjuk ajar dari yang mahir amat diperlukan... Teguran anda semua amatlah dihargai... Ayuh bersama mengembalikan KeIzzahan Islam melalui ilmu rawatan Islam... Fallohukhoirun Hafizo,Wahua Arhamur Rohimin....
Wednesday, July 28, 2010
Rawatan Di Taman Bukit Subang.:Halangan Perjalanan:.
Saya rasa,pengalaman merawat bagi kes kali ini berbeza daripada yang lain(bagi muallij-junior macam saya). Teringat time mula-mula saya dihubungi perawat pada hari Selasa lepas, selang setengah jam selepas dihubungi,dengan tidak disangka-sangka,ketika menggoreng ayam,tiba-tiba minyak terpercik dengan banyaknya ke badan saya.Mungkin ada 'teguran' dari ALLAH SWT ekoran dari kelalaian saya dalam kehidupan @ mungkin juga,dengan izin ALLAH itu adalah serangan kepada saya sebagai hikmah bagi saya untuk menambahkan kenyakinan terhadap makna ayat penggerak(Bismillahillazila yadurru......wahua sami' ul'alim)...
Keesokan harinya(Rabu-Hari utk melakukan rawatan) dengan tidak semena-menanya, ketika hendak pulang dari tempat pengajian,dengan tidak disangka-sangka,tayar motor belakang saya pancit walaupun saya baru sahaja menukar tiub(baru lagi la tukar tiub..ohhh)... tapi walaubagaimanapun,saya kira 'mereka' masih tidak mampu mempengaruhi saya supaya meletakkan iktiqad bahawa makhluk itu memberi bekas.walaubagaimanapun,saya masih bersyukur kerana diberi kesedaran bahawa setiap yang terjadi adalah di bawah keizinan ALLAH SWT(yang pastinya setiap yang ditakdirkan ALLAH itu,ada tarbiah dariNya yang perlu kita pelajari)...
Pada malamnya,sebelum memulakan perjalanan,saya sempat melakukan TRO(Teknik Rotan Objek) sebagai amaran awal kepada gangguan.Sejurus TRO,saya berpesan kepada sahabat saya(yang akan menemani saya ke rumah pesakit) untuk mempersiapkan diri dengan tahsin dan mengambil wudhuk.sesudah tiba giliran saya untuk memperbaharui wudhuk,dengan tidak semena-menanya,lampu bilik air 'meletup',fikir saya,mungkin ada masalah pada sistem eletrik di rumah saya.saya menukar tempat mengambil wuduk,dan yang ajaibnya,selepas sahaja selasai berwuduk,tiba-tiba pintu bilik air pula yang terkunci dari dalam. Ketika itu,saya mula merasakan adanya serangan-serangan yang cuba melambatkan dan menghalang perjalanan kami ke rumah pesakit ditambah pula,ketika hendak turun ke tempat parking motor,dengan izin dan takdir ALLAH,kawan saya tadi tertinggal helmet(seolah-olah,pada ketika itu,terlalu banyak kecuaian yang berlaku...ohh)
Saya sempat sms Ustazah Liza memaklumkan apa yang berlaku, dan pada ketika itu,saya sudah dalam perjalanan ke rumah pesakit.Namun ketika itu,Ustazh menasihati supaya menangguhkan rawatan(selepas membaca ayat penggerak).walaubagaimanapun,saya terpaksa meneruskan rawatan ekoran pesakit tersebut sudah sedia menunggu di rumah(oh,maafkan ana ustazah,terpaksa pi juga sebab dah janji dengan pesakit).
Walaupun begitu,saya bersyukur,dengan izin ALLAH SWT, banyak yang dapat saya belajar yang paling penting,ALLAH SWT masih mengukuhkan keyakinan saya bahawa setiap apa yang terjadi adalah dengan izin dari ALLAH dan di bawah takdir ALLAH,ALHAMDULILLAH. Mungkin ketika itu,'makhluk2' yang cuba mencucuk saya dengan membisikkan bahawa makhluk itu memberi bekas tidak berhasil kerana saya kira semua yang berlaku,adalah ujian kepada saya untuk menguji setakat mana keyakinan saya kepada Pencipta.Sebagai hikmah dari ALLAH untuk menyedarkan kita yang kita masih bertuhan...*Mungkin ini adalah tarbiah untuk meletakkan keyakinan pada saya supaya jangan takut kepada Makhluk dan takut hanya pada murka ALLAH SWT.mungkin lepasa ni,saya tidak seharusnya takut apabila hendak 'menyerang' mereka ketika merawat pesakit.
->Itulah kesannya apabila kita benar-benar memahami dan merasai sebaik-baiknya makna "La hawlawala quwatailla billahil ali yil Azim" & "Bismillahillazi la yadurrumaasmihi sayiul fil ardi wala fi sama' wahua sami ul alim"... mungkin pengalaman merawat pesakit akan saya kongsikan dalam post yang lain,doa-doakan saya supaya lulus exam Aviation Legislation yang akan saya duduki pada 30/7/2010(esok la tu)...
pesan ibu saya->merawat-merawat juga,study jangan lupa...hehee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kat sini je lah nk crita pasal merawat... mula-mula rawatan,saya mulakan dgn Ruqyah Air dgn niat utk dijadikan air penawar, memagar 4 penjuru kepada ahli keluarga pesakit dengan niat supaya gangguan tidak berpindah kpd ahli keluarga yang lain.
ReplyDeletekaedah deklarasi pemutus & racun.kaedah scan pada kaki,ada tindak balas,kaki bergerak-gerak,tapi mungkin skill saya belum byk,proses dialog sedikit carca marba(mungkin jin2 tu pening-pening + malas nak bekerja sama)-Dialog gerakan kaki x berjaya,dialog batuk mcm berjaya la plak...pesakit batuk2,tapi over action la plak jin2 tu batuk,suruh batuk 3 kali,dia batuk lebih2 plak)
selepas scan,saya melakukan teknik rotan objek,balingan,compress,tarik dengan serban,tarik melalui kaki dan last skali sembelih.selesai menyembelih,saya memberi minum sekali lagi air penawar & deklarasi racun...
ketika merugyah, pesakit seolah-olah mahu pitam,tapi pesakit lawan... ketika tu,gangguan macam dah nk serender,tapi sbb lama sgt nk buang sbb saya terus menerus membelasah gangguan tersebut.(saya byk main2 sikit,maklumlah masih baru)... semua teknik nak test...ohhh
mohon kpada yang pakar,sila bagi pandangan antum supaya sya dpt meng'improve' lagi ilmu saya... :)